Friday, 9 March 2012

KEJOHANAN MSSWP PERINGKAT NEGERI 2012 [TENPIN BOLING]


Muhammad Zulfadhli Zulkefly

Tahniah & Syabas kepada Adik Muhammad Zulfadhli Zulkefly

Anugerah Yang Diterima

dari kelas 5 Berlian 2012, kerana telah mengharumkan nama sekolah dan Putrajaya kerana telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam semua acara yang dipertandingkan bagi kategori bawah 12 tahun lelaki.
Dengan kemenangan itu, secara automatik beliau akan mewakili Wilayah Persekutuan ke kejohanan boling MSSM peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang pada bulan April nanti.
Berikut Adalah Anugerah Yang Diterima Beliau :-
1. Naib Johan Perseorangan. - 549 Pin (6 Mac 2012)
2. Naib Johan (Master).- 1078 Pin (8 Mac 2012)
3. Naib Johan (All Events). - 1627 Pin

Berikut adalah keputusan penuh pada hari tersebut :-

KEPUTUSAN BOLING MSSWP BAWAH 12 TAHUN LELAKI - MASTERS
NoNamaSekolahJumlah Jatuhan PinCatatan
1HAIKAL BIN HAZLANSK Bukit Damansara1227Layak Secara Automatik Ke MSSM
2MUHAMMAD ZULFADHLI BIN ZULKEFLYSK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)1078Layak Secara Automatik Ke MSSM
3SHAQEEM IZWAN THE BIN SHAHRUL HAFIZSK ST JOHN 21036Layak Secara Automatik Ke MSSM
4FIKRI ALIF BIN MIHD FAZLISK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)1023Bergantung Pada Latihan Pusat Ke MSSM
5PUTRA NUR IKHWAN BIN EFENDYSK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)972Bergantung Pada Latihan Pusat Ke MSSM
6MUHAMMAD HAZIQ IRHAMSK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)929Tidak Layak
7MOHD HARIZSK Bukit Damansara866Tidak Layak
8JOHAN AZEMISK TAMAN TUN DR ISMAIL 1856Tidak Layak
9AWIENIT NUMSK SERI SAUJANA855Tidak Layak
10MUHAMMAD TAUFIQSK BUKIT JALIL813Tidak Layak
11MUHAMMAD FARIZSK BUKIT JALIL791Tidak Layak
12MUHD FAREEL HAIQALSK ALAM DAMAI769Tidak Layak

TAHNIAH & SYABAS !!!

Tuesday, 6 March 2012

Pertandingan Boling Peringkat MSSWP 2012

Untuk makluman warga sekolah sekalian, hari ini 06 Mac 2012 telah berlangsungnya satu pertandingan bowling peringkat MSSWP 2012 di Megalanes Endah Parade, Seri Petaling Kuala Lumpur. SKPP18(1) buat pertama kalinya menghantar penyertaan dalam kejohanan seperti ini. Berikut adalah maklumat pelajar yang menyertai kejohanan ini :-

Nama : MUHAMMAD ZULFADHLI BIN ZULKEFLY
Tahun : 5 Berlian 2012

Pusingan Pertama (Kelayakan) : 168 Jatuhan Pin
(Tempat Pertama di antara 70 orang peserta lelaki)
* Seperti dalam gambar

Layak ke pusingan Ke-2...
Pusingan Ke-2 : 115, 135, 137 & 162
(Tempat Ke-2 daripada 40 orang yang layak ke pusingan ke-2)

Seterusnya layak ke peringkat Master. Seramai 12 orang pemain akan bertanding merebut kejuaraan ini yang akan berlangsung di tempat yang sama pada Khamis ini 08 Mac 2012 Jam 8.00 pagi.

Tahniah & Semoga Berjaya !!!

Tuesday, 28 February 2012

LATIHAN & PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK SKPP18(1) 2012

Dimaklumkan bahawa satu sesi latihan & pemilihan pasukan bola sepak SKPP18(1) akan di adakan seperti ketetapan berikut :-

Hari : Selasa & Rabu
Tarikh : 28 & 29 Februari 2012
Tempat : Kompleks Sekolah Presint 18

Jurulatih/Penal Pemilih : En.Abdul Rahim Mohd Zaini

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian,

Terima kasih.

Tuesday, 14 February 2012

Keputusan Rasmi Pertandingan Merentas Desa SKPP 18(1) 2012

Keputusan Pertandingan Merentas Desa SKPP 18(1) 2012

Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan merentas desa SKPP 18(1) yang berlangsung pada 8 Februari 2012.

Tahniah diucapkan kepada rumah Laksamana yang telah mengungguli pungutan mata keseluruhan, diikuti dengan rumah Bendahara, Temenggong dan Syahbandar.
Untuk Pengetahuan pungutan mata ini akan di bawa ke Temasya Sukan Tahunan Sekolah yang akan diadakan pada penggal kedua persekolah. Rumah manakah yang akan menjuarai juara keseluruhan??..
Same-same kita nantikan.....


KATEGORI
LAKSAMANA
SYAHBANDAR
TEMENGGUNG
BENDAHARA
3 PEREMPUAN
110
60
61
94
3 LELAKI
79
103
82
61
4 PEREMPUAN
86
36
88
115
4 LELAKI
38
76
118
93
5 PEREMPUAN
72
88
77
88
5 LELAKI
87
59
76
103
6 PEREMPUAN
116
82
78
49
6 LELAKI
121
93
58
53





JUMLAH
709
597
638
656























Monday, 13 February 2012

Pertandingan Merentas Desa SKPP 18(1) 2012

Pertandingan Merentas Desa SKPP 18(1) 2012

Pertandingan ini telah berlangsung pada 8 Februari 2012. Acara ini telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan disertai oleh murid-murid SKPP 18(1) daripada tahun 3 hingga tahun 6. mereka semua mewakili rumah masing-masing iaitu Syahbandar, Bendahara, Laksamana, dan Temenggong. Kerjasama yang diberikan oleh semua guru adalah sangat dihargai. Gambar-gambar semasa berlangsungnya pertandingan ini akan di upload kemudian. Keputusan pertandingan ini juga akan diumumkan tidak lama lagi.

Sekian, Terima Kasih.

Permulaan Baharu Panitia Pendidikan Jasmani SKPP 18(1)


Assalamualaikum....

Salam kepada guru-guru serta murid-murid SKPP 18(1)..Blog ini diwujudkan untuk menyampaikan segala maklumat yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sepanjang tahun dari semasa ke semasa.

Sekian,

p/s: blog ini masih lagi dalam peringkat merangkak..