Sunday 24 June 2012

.:: SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 2012 ::.


SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 2012



1. Tarikh dan masa
1.1 Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)
1.2 Masa bermula senamrobik : 8.00 pagi
1.3 Tempat : Padang Kompleks Sekolah Presint 18, Putrajaya.
2. Tempoh Masa Senamrobik
2.1 Masa senamrobik adalah selama 35 minit.
2.2 Peserta seboleh-bolehnya hendaklah melakukan senamrobik mengikut rentak seperti yang disediakan dalam cakera padat.
2.3 Peserta disarankan untuk melakukan senamrobik sepenuhnya mengikut kemampuan masing-masing.
2.4 Peserta yang kurang berkemampuan adalah disarankan untuk melakukannya mengikut kemampuan masing-masing.
3. Penyertaan
3.1 Semua warga Sekolah / IPG / Matrikulasi yang diertikan sebagai berikut:
3.1.1 murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah swasta);
3.1.2 guru, anggota khidmat sokongan;
3.1.3 ikon sukan; dan
3.1.4 VVIP / VIP yang dijemput oleh sekolah, IPG dan Matrikulasi.
3.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.

Tuesday 12 June 2012

.:: Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-3 [2012] ::.



Berikut adalah kedudukan pungutan pingat secara keseluruhan bagi temasya sukan tahunan pada kali ini :-

ABJADRUMAH SUKAN        MATAEMASPERAKGANGSAKE-4     
    LLAKSAMANA             1524    25    15      17  16
    SSYAHBANDAR           1388   19    21      12  18
    TTEMENGGUNG          1278   14    15      17  16
    BBENDAHARA             1278   10    17      22  14

* Mata = Jumlah mata untuk acara sukan tahunan + mata merentas desa 2012

* Sebanyak 29 rekod telah berjaya diperbaharui melalui semua acara yang telah dipertandingkan.

* Olahragawan 2012 : Mohd Danial Ariffin B Khairi ( 3 Rekod Baru : - Lompat Jauh, 100 m & 200m)
* Olahragawati 2012 : Yasmin Hasanah Bt Abdul Razak ( 3 Rekod Baru :- Lompat Tinggi, 100 m & 80 m lari berpagar)


Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbiran, guru-guru, ibubapa dan pelajar-pelajar yang telah menjayakan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-3 ini.

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI PADA TAHUN HADAPAN !!! INSYAALLAH !!!

Friday 11 May 2012

.:: KRONOLOGI SUKAN TAHUNAN KALI KE-3 [2012] ::.

  
   Berikut adalah kronologi bagi Temasya Sukan Tahunan Kali ke-3 SKPP 18(1).


Bil
Tarikh
Masa
Tempat
Perkara
Tindakan
1
16/05/12
(Rabu)
8.00 – 11.00 pg
Padang/Balapan
Latihan & Pemilihan
Semua Rumah Sukan
2
17/05/12
(Khamis)
8.00 – 11.00 pg
Padang/Balapan
Latihan & Pemilihan
Semua Rumah Sukan
3
21/05/12
(Isnin)
2.30 – 4.45 ptg
Padang/Balapan
Latihan & Pemilihan
Semua Rumah Sukan
4
22/05/12
(Selasa)
2.30 – 4.45 ptg
Padang/Balapan
Semua Rumah Sukan
5
23/05/12
(Rabu)
2.30 – 4.45 ptg
Padang/Balapan
Latihan sukaneka tahap 1
Latihan & Pemilihan
Semua Rumah Sukan
6
24/05/12
(Khamis)
2.45 - 4.30 ptg
Serahan Borang Penyertaan &
Undian Lorong
Ketua Rumah Sukan
7
12/06/12
(Selasa)
8.00 – 12.15 tgh 
Padang/Balapan
Saringan 80 Meter Berpagar

Acara Akhir
L.Peluru & L.Tinggi

Semua Rumah Sukan
8
13/06/12
(Rabu)
8.00 – 12.15 tgh
Padang/Balapan
Acara Akhir
Lompat Jauh


Saringan 100 Meter
Saringan 200 Meter

Semua Rumah Sukan
9
14/06/12
(Khamis)
8.00 – 12.00 tgh
Padang/Balapan
Separuh Akhir Tarik Tali


Raptai
Semua Rumah Sukan
10
15/06/12 (Jumaat)
8.00 – 12.00 tgh
Padang/Balapan
Raptai Penuh
Semua Rumah Sukan
11
16/06/12 (Sabtu)
8.00 – 12.00 tgh
Padang/Balapan
Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-3
Semua Guru & Murid



Tuesday 17 April 2012

.:: PERLAKSANAAN UJIAN SEGAK 2012 ::.

“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) akan dijalankan pada waktu Pendidikan Jasmani bagi pelajar tahap 2. Komponen ujian adalah seperti mana berikut :-

a) Komposisi Badan (berat & tinggi ) untuk dapatkan BMI pelajar.
    b) Tekan Tubi (1 Minit)
    c) Ringkuk Tubi Separa (1 minit)
    d) Naik Turun Bangku (3 minit)
    e) Jangkauan Melunjur

Akan dijalankan 2 kali setahun :-

PRE TEST - Semester Pertama
POST TEST - Semester Kedua

Sekian !!!

Thursday 12 April 2012

:: KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSM 2012 @ P.PINANG ::

Kejohanan Tenpin Boling MSSM pada tahun ini akan berlangsung di Pulau Pinang.

Berikut adalah tarikh dan tempat berlangsungnya acara ini :-

Tarikh : 13 April 2012 sehingga 22 April 2012
Tempat : SunShine Square, Bayan Baru P.Pinang
Penyertaan : 15 Pasukan
Bilangan Atlet : 24 orang setiap negeri
Seramai 5 orang atlet dari Putrajaya terpilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan dalam pelbagai kategori dan yang paling membanggakan kita, atlet dari sekolah kita iaitu adik Muhammad Zulfadhli Zulkefly dari 5 Berlian akan manggalas cabaran bagi kategori 12 tahun lelaki pada kejohanan ini.

Kami warga SKPP 18(1) berbangga dengan Anda !!!

Teruskan Perjuangan & Semoga Berjaya, InsyaAllah.

KEPUTUSAN KESELURUHAN : WP PERSEKUTUAN KE-2 MSSM

BERIKUT ADALAH GALERI SEPANJANG KEJOHANAN !!!





Monday 2 April 2012

AKTIVITI SUKAN SEPANJANG APRIL

Sepanjang bulan April ini, pelbagai acara sukan peringkat PPWPP telah dipertandingkan. Antara acara-acara sukan tersebut adalah sepertimana berikut :-

1. Bola Sepak Bawah 12 Tahun | SK Putrajaya Presint 9(1)
2. Catur | SK Putrajaya Presint 11(1)
3. Latihan Pusat Bowling Mewakili Wilayah Persekutuan | Endah Parade Sri Petaling.
4. Latihan Pusat Acara Balapan & Padang.

Selamat Bertanding !!! & Selamat Berjaya !!!

Monday 19 March 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PERINGKAT PUTRAJAYA 2012

Seperti tahun-tahun lepas, kejohanan balapan & padang kembali lagi pada tahun ini. Tahun ini semua acara yang dipertandingkan akan berlangsung di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS).

Berikut adalah kronologi pertandingan secara kasar pada tahun ini.

Tarikh Pertandingan : 20 Mac 2012 Sehingga 23 Mac 2012
Hari : Selasa - Jumaat
Waktu : 8:00 Pagi - 5:00 Petang
Tempat : Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)

Selamat Bertanding !!!


PENCAPAIAN PADA HARI PERTAMA SKPP18(1)
(Last Update 09:47 Malam 20/03/2012)

1 Emas - MUHD WAZIR IFWAN MD NOR SHARIF - 100 Meter Lelaki Bawah 10 Tahun.
1 Perak - MUHAMMAD DANIAL ARIFFIN KHAIRI - 100 Meter Lelaki Bawah 12 Tahun.

TAHNIAH !!!

PENCAPAIAN PADA HARI KE-2 SKPP18(1)
(Last Update 10:14 Malam 21/03/2012)

1 Emas - MUHAMMAD HAZIQ SYABIL MD SUHAIDI- Lompat Tinggi Lelaki Bawah 10 Tahun.
1 Perak - MUHAMMAD DANIAL ARIFFIN KHAIRI - Lompat Jauh Lelaki Bawah 12 Tahun.

TAHNIAH !!!

PENCAPAIAN PADA HARI KE-3 SKPP18(1)
(Last Update 09:44 Malam 22/03/2012)

1 Emas - MUHAMMAD DANIAL ARIFFIN KHAIRI - 200 Meter Lelaki Bawah 12 Tahun.
1 Gangsa - NURUL FARHANAH BT RAMLI - 200 Meter Perempuan Bawah 12 Tahun.
Ke-4 - Skuad 4 X 100 Meter - Lelaki Bawah 10 Tahun.

TAHNIAH !!!

HARI TERAKHIR
(Last Update 05:44 Petang 23/03/2012)

Tanpa Sebarang Pungutan Pingat Walaubagaimanapun TAHNIAH kerana menduduki Tempat Ke-4 Keseluruhan Kejohanan Bagi Kategori Sekolah Rendah Putrajaya.
TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH !!!