Tuesday, 17 April 2012

.:: PERLAKSANAAN UJIAN SEGAK 2012 ::.

“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) akan dijalankan pada waktu Pendidikan Jasmani bagi pelajar tahap 2. Komponen ujian adalah seperti mana berikut :-

a) Komposisi Badan (berat & tinggi ) untuk dapatkan BMI pelajar.
    b) Tekan Tubi (1 Minit)
    c) Ringkuk Tubi Separa (1 minit)
    d) Naik Turun Bangku (3 minit)
    e) Jangkauan Melunjur

Akan dijalankan 2 kali setahun :-

PRE TEST - Semester Pertama
POST TEST - Semester Kedua

Sekian !!!

Thursday, 12 April 2012

:: KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSM 2012 @ P.PINANG ::

Kejohanan Tenpin Boling MSSM pada tahun ini akan berlangsung di Pulau Pinang.

Berikut adalah tarikh dan tempat berlangsungnya acara ini :-

Tarikh : 13 April 2012 sehingga 22 April 2012
Tempat : SunShine Square, Bayan Baru P.Pinang
Penyertaan : 15 Pasukan
Bilangan Atlet : 24 orang setiap negeri
Seramai 5 orang atlet dari Putrajaya terpilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan dalam pelbagai kategori dan yang paling membanggakan kita, atlet dari sekolah kita iaitu adik Muhammad Zulfadhli Zulkefly dari 5 Berlian akan manggalas cabaran bagi kategori 12 tahun lelaki pada kejohanan ini.

Kami warga SKPP 18(1) berbangga dengan Anda !!!

Teruskan Perjuangan & Semoga Berjaya, InsyaAllah.

KEPUTUSAN KESELURUHAN : WP PERSEKUTUAN KE-2 MSSM

BERIKUT ADALAH GALERI SEPANJANG KEJOHANAN !!!





Monday, 2 April 2012

AKTIVITI SUKAN SEPANJANG APRIL

Sepanjang bulan April ini, pelbagai acara sukan peringkat PPWPP telah dipertandingkan. Antara acara-acara sukan tersebut adalah sepertimana berikut :-

1. Bola Sepak Bawah 12 Tahun | SK Putrajaya Presint 9(1)
2. Catur | SK Putrajaya Presint 11(1)
3. Latihan Pusat Bowling Mewakili Wilayah Persekutuan | Endah Parade Sri Petaling.
4. Latihan Pusat Acara Balapan & Padang.

Selamat Bertanding !!! & Selamat Berjaya !!!